Dendam Orang Mati mengisahkan mengenai Lena (Lisa Surihani) yang mempunyai masalah mental menghuni di tingkat empat sebuah flat usang bersama suaminya, Shahrul (Fizz Fairuz). Lena sebelum ini terlantar di hospital kerana koma dan ketika itu suaminya mengambil kesempatan berkahwin dengan Min (Miera Leyana).Sejak sedar daripada koma, doktor mengesahkan dia mengalami amnesia dan sejak itu dia berada dalam dunianya sendiri sehinggalah Lena diganggu oleh makhluk halus dan membawa kepada cerita sebenar disebalik kejadian menimpanya.Dendam Orang Mati bukan sahaja mempunyai jalan cerita dan lakonan mantap daripada barisan pelakon tetapi ia adalah sebuah karya asli yang harus diberi perhatian oleh peminat filem tempatan.
Post a Comment